Bengkel MyTo

BENGKEL HALATUJU MENINGKATKAN VISIBILITI TESIS DAN DISERTASI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI PERINGKAT GLOBAL

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia telah dipilih menjadi penganjur bagi bengkel yang tersebut  di atas oleh Jawatankuasa Ketua Pustakawan dalam “Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2018” pada 16 Julai 2018 yang lalu. Bengkel ini akan membincangkan lima perkara yang berkaitan dengan Malaysian Theses Online (MyTO) seperti standard metadata tesis untuk sistem perpustakaan, penyelarasan polisi dan perundangan koleksi tesis, penambahbaikan sistem tesis online (MyTO) dan penandaarasan sistem tesis online luar negara. Hasil bengkel ini akan menentukan hala tuju MyTO dan akan diangkat dalam Jawatankuasa Ketua Pustakawan untuk tindakan selanjutnya.

Tarikh : 13hb dan 14hb Ogos 2018 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Termasa, PSAS
Yuran : RM80.00 seorang (jamuan, sijil dan tempat kursus)

KAEDAH BAYARAN
Surat AkuJanji” bagi bayaran secara kredit
“Slip Transaksi Bank” bagi bayaran secara tunai melalui kaedah berikut:

Nama Bank : CIMB Bank
Nama Akaun : “UPM EDUCATION & TRAINING SDN BHD”
Nombor Akaun : 8002167906
Alamat Bank : CIMB Bank, Cawangan Universiti Putra Malaysia
Tajuk : Bengkel MyTO
Kaedah : Cek berpalang ditandakan A/C penerima sahaja atau deposit tunai

Tarikh tutup penyertaan: 7hb Ogos 2018.

NOTA: Sila sediakan salinan softcopy Surat Akujanji/ Slip Transaksi Bank bagi tujuan pendaftaran.