Sistem KOHA

KOHA dalam bahasa Maori bermaksud pemberian (gift) merupakan Sistem Perpustakaan Bersepadu yang menggunakan Perisian Sumber Terbuka (Open Source). Sistem KOHA dibangunkan oleh Syarikat Bywaters di New Zealand pada tahun 2000. Sistem KOHA menggunakan perisian sumber terbuka mengikut protokol dan piawaian perpustakaan seperti MARC21, UNIMARC, Z39.50, SRU/SW, SIP2, SIP/NCIP.

KELEBIHAN SISTEM KOHA

  1. Kos penyelenggaraan yang minimum
  2. Tiada had bilangan pengguna / lesen perisian
  3. Data dimiliki oleh perpustakaan itu sendiri
  4. Boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna (customizable)
  5. Berasaskan web (web based)
  6. Web 2.0 (tagging, comment, social sharing & RSS Feeds)
  7. Forum komuniti pengguna KOHA di seluruh dunia
  8. Tiada kebergantungan kepada vendor
  9. Penjanaan laporan boleh disesuaikan mengikut keperluan perpustakaan (report wizard)