PENGENALAN
Penyampaian maklumat yang cekap di media sosial merupakan keutamaan setiap organisasi, terutama agensi kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai khususnya pengguna. Walaupun kini maklumat mudah diakses melalui pelbagai jenis aplikasi teknologi maklumat, kemahiran membuat kandungan hantaran yang tepat tetap menjadi kompetensi utama startegi pemasaran perkhidmatan dan servis. Penulisan yang mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini mampu menarik minat pembaca untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dan mencerminkan imej sesebuah organisasi. Justeru itu, “Bengkel Media Sosial” anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia merupakan usaha yang berterusan untuk meningkatkan kompetensi penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai di dalam dan luar UPM dengan dibimbing penceramah yang mempunyai pengalaman luas mengenai industri media sosial di Malaysia.
PENCERAMAH
Azrul Afandi Sobry
KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua pegawai dalam dan luar UPM yang menguruskan media sosial.
TARIKH
16 Mei 2023
JANGKA MASA
8.30 pagi – 4.30 petang
TEMPAT
Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia
SINOPSIS
Bengkel ini meliputi konsep penulisan, fotografi, klip video, amalan industri media sosial di Malaysia, etika kandungan dan latihan amali kandungan bahan media sosial.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini peserta dapat;
- Memahami konsep kandungan media sosial;
- Mengetahui kepentingan pemilihan platform media sosial yang tepat ;
- Mengenalpasti sumber maklumat penulisan, gambar dan video di media sosial;
- Membina strategi penghantaran penulisan gambar dan video di media sosial; dan
- Kesesuaiannya dalam menarik perhatian audiens atau kelompok yang disasarkan.
KANDUNGAN BENGKEL
- Konsep media sosial;
- Platform media sosial yang tepat di Malaysia;
- Amalan standard penghantaran di media sosial;
- Etika dalam media sosial; dan
- Latihan amali penghasilan bahan media sosial
- Penulisan
- Fotografi
- Klip video
KAEDAH PEMBELAJARAN
Bengkel/Amali/Kajian Kes
YURAN PENYERTAAN
RM200.00 Pendaftaran awal (Early Bird) VOT/LO (Pendaftaran Sebelum 5hb Mei 2023)
RM240.00 Standard/VOT/LO (Pendaftaran Selepas 6hb Mei 2023)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
12 Mei 2023
PENDAFTARAN
Klik disini untuk pendaftaran