PENDAFTARAN

Sila baca terlebih dahulu syarat-syarat pendaftaran seminar sebelum mengisi Borang Permohonan:

  1. Pendaftaran peserta kursus dikendalikan sepenuhnya  secara atas talian melalui borang atas talian yang boleh diakses melalui Portal Kursus Perpustakaan Sultan Abdul Samad di alamat : www.courseslib.upm.edu.my
  2. Sebelum mendaftar, peserta dikehendaki menyediakan dokumen kewangan terlebih dahulu samada pembayaran secara tunai atau kredit;
  3. Pihak penganjur akan menghantar Surat Pengesahan Penyertaan selepas menerima permohonan daripada peserta.
  4. Pihak penganjur menetapkan tarikh akhir pendaftaran kursus adalah selewat-lewatnya 10 hari bekerja sebelum tarikh kursus diadakan;
  5. Setiap peserta perlu mendaftar secara individu walaupun lebih daripada satu (1) penyertaan dari organisasi yang sama bagi memudahkan penganjur menghubungi peserta secara langsung.
  6. Penganjur juga menerima peserta yang datang secara ‘walk-in’ di atas dasar kekosongan tempat dengan bayaran penuh serta-merta dibuat samada secara tunai/cek/salinan deposit tunai.
  7. Sebarang perkara melibatkan kesihatan peserta adalah dibawah risiko dan tanggungan peserta sendiri.