Bengkel Membaiki Buku Rosak

Hai Pencinta-Pencinta Buku

Kepada peminat buku-buku lama, para kolektor atau sesiapa sahaja, kami berbesar hati menjemput anda menyertai Bengkel Membaiki Buku Rosak anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad bersempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Universiti Putra Malaysia 2023.

Kebiasaannya buku-buku lama akan mengalami kerosakan di kulit buku, di tulang buku atau ada muka surat buku yang tertanggal. 

Ayuh sertai bengkel ini agar anda mendapat pengetahuan tentang teknik pemeliharaan buku supaya jangka hayat sesebuah buku dapat dipanjangkan lagi.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut;

Tarikh          : 6hb Jun 2023
Masa           : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat        : Bilik Termasa dan Seksyen Penjilidan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM
Yuran           : RM110 seorang 

*Yuran termasuk keperluan bahan amali, makanan dan sijil penyertaan.

Tempat terhad dan daftar sekarang atau sebelum 26hb Mei 2023

PENDAFTARAN

Klik di sini untuk pendaftaran

Tarikh akhir pendaftaran: 26hb Mei 2023 (Jumaat)