Bengkel Penulisan Berita dan Media

PENGENALAN

Penyampaian maklumat yang cekap melalui aktiviti penulisan merupakan keutamaan setiap organisasi, terutama agensi kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Walaupun kini maklumat mudah diakses melalui pelbagai jenis aplikasi teknologi maklumat, kemahiran penulisan tetap menjadi kompetensi utama dalam penyediaan bahan maklumat. Penulisan yang mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini mampu menarik minat pembaca untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dan mencerminkan imej sesebuah organisasi. Justeru itu, “Bengkel Penulisan Berita” anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia merupakan usaha yang berterusan untuk meningkatkan kompetensi penulisan dalam kalangan pegawai di dalam dan luar UPM, dengan dibimbing penceramah yang mempunyai pengalaman luas mengenai industri media di Malaysia. 

PENCERAMAH

ZAMRI MOHAMAD

KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua pegawai yang menguruskan penulisan dan penerbitan organisasi seperti laman sesawang, media sosial dan media cetak.

JANGKA MASA 

9.00 pagi – 4.30 petang

TEMPAT

Bilik Termasa, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

SINOPSIS

Bengkel ini meliputi konsep penulisan dan penerbitan, amalan industri media di Malaysia, etika penulisan dan latihan amali penulisan bahan media. 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini peserta dapat;

  1. Memahami konsep penulisan dan penerbitan;
  2. Mengetahui amalan standard penulisan industri media;
  3. Mengenalpasti sumber maklumat penulisan;
  4. Membina strategi penulisan berdasarkan format penerbitan; dan
  5. Menghasilkan penulisan mengikut bahasa, gaya dan format penerbitan yang bersesuaian. 

KANDUNGAN BENGKEL

  1. Konsep penulisan dan penerbitan;
  2. Industri media di Malaysia;
  3. Amalan standard penulisan industri media;
  4. Etika dalam penulisan bahan media; dan
  5. Latihan amali penulisan bahan media
    1. Berita
    2. Laporan aktiviti
    3. Siaran media
    4. Laporan sidang media

KAEDAH PEMBELAJARAN

Bengkel/Amali/Kajian Kes

YURAN PENYERTAAN

RM180.00  Pendaftaran awal (Early Bird) (Pendaftaran Sebelum 1hb Mac 2023)
RM240.00  Standard (Pendaftaran Selepas 28hb Februari 2023)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 7hb Mac 2023

 

PENDAFTARAN