Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM bersetuju melanjutkan tempoh Pendaftaran Awal Seminar dan Bengkel “Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA dan EPrints” dari 15 Mei 2018 kepada 25 Mei 2018. Sehubungan itu, tuan/puan yang berminat untuk menyertai program ini diminta mendaftar segera bagi memperolehi bayaran yuran istimewa ini seperti berikut:
Seminar dan Bengkel Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA
Tarikh : 2 dan 3 Julai 2017 (Isnin dan Selasa)
Tempat : Bilik Termasa / Bilik Malawati, PSAS
Yuran :
RM450.00 (termasuk 6% GST) – Pendaftaran awal sehingga 25 Mei 2018;
RM550.00 (termasuk 6% GST) – Yuran biasa selepas 25 Mei 2018
Seminar dan Bengkel EPrints: Pembangunan Repositori Institusi
Tarikh : 4 dan 5 Julai 2017 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Bilik Termasa / Bilik Malawati, PSAS
Yuran :
RM450.00 (termasuk 6% GST) – Pendaftaran awal sehingga 25 Mei 2018;
RM550.00 (termasuk 6% GST) – Yuran biasa selepas 25 Mei 2018